Posted by 9w2bba on 5 May 2008
Dear SWLs,
We are please to informed that MARES will be organizing a RAE
preparation class this weekend and please find the details below:
Program : RAE Preparation Class
Date : 10th & 11th May 2008 (Saturday & Sunday)
Time : 8.30am - 5.30pm
Duration : 2 Days
Venue : Dewan Serbaguna, Jab. Perpaduan Daerah Petaling Jaya
Program Fee :-
(Inclusive of Program material,tea break & lunch)
Non MARES member : RM100.00
MARES member : RM80.00
For confirmation and registration,
please Contact 9M2SQL - Mutalib at 017- 639 1632.
73, de
9W2ROI
More Info: yGroup
Posted in Pengumuman | No Comments »
Posted by 9w2bba on 7 April 2008
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2008. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:
Pusat Peperiksaan (Wilayah):
Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.
Tarikh & Masa Peperiksaan:
24 Jun 2008 Jam 2:00 Petang.
Tarikh Permohonan dibuka:
7 April 2008.
Tarikh Permohonan ditutup:
25 April 2008 Jam 5:00 Petang.
Sila dapatkan maklumat lanjut di: Laman SKMM
Posted in Maklumat | No Comments »
Posted by 9w2bba on 24 March 2008
Semenjak akhir-akhir ini kerap saya terdengar rakan-rakan terlupa atau tersasul mengumumkan “Call Sign” (Tanda Panggilan) sendiri atau pun rakan-rakan lain. Bagi saya ianya perlu kerana ia merupakan pengenalan yang hanya satu untuk satu stesen belum pernah lagi ada satu stesen memiliki dua “Call Sign” (Tanda Panggilan). Semasa ke udara adalah merupakan satu kemestian malah wajib untuk mengumumkan “Call Sign” (Tanda Panggilan) samada dengan ejaan fonetik atau tidak menikut keadaan semasa komunikasi itu berjalan. Contoh disini, cara yang perlu dibuat;
TANPA EJAAN FONETIK:-
“9W2CKO disini 9W2BBA……” BUKANNYA “9W2CKO disini BBA……” mana perginya cicir 9w2..?
DENGAN EJAAN FONETIK:-
“Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha……” BUKANNYA “Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Bravo Bravo Alpha……” mana perginya cicir 9w2..?
Malah yang paling hebatnya ada juga rakan-rakan tidak membuat penerimaan dengan baik dan teratur, bila dapat sahaja giliran terus tanpa memberi masa yang cukup untuk pengulang menerima isyarat dari pemancar (Sekurang-kurangnya tekan PTT dalam 3 saat baru bercakap), perbuatan ini akan menyebabkan penerima hanya dapat mendengar “Suffix”.
Serba sedikit mengenai Callsign Prefix dan Suffix.
Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut, manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.
Di negara kita 9M adalah untuk pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas A iaitu 9M2 untuk Semenanjung Malaysia, 9M6 untuk Sabah dan 9M8 untuk Sarawak. Bagi pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas B ialah 9W iaitu 9W2 untuk Semenanjung Malaysia, 9W6 untuk Sabah dan 9W8 untuk Sarawak. Carta berikut menerangkan mengenai “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut kawasan geograpi Malaysia.

Posted in Pembelajaran | No Comments »
Posted by 9w2bba on 20 March 2008
Petikan dari: myMARES YGroup
 A’kum dan Selamat Petang,
Seperti yg rakan-rakan sedia maklum pada tahun 2008
ini, aktiviti MARES 2 Meter Net telah diperkenalkan
dan sehingga kini ianya telah berjalan lancar seperti
yang dijadualkan. MARES 2 Meter Net telah dan akan di
adakan pada setiap 2 minggu sekali, pada hari Jumaat
malam, dari jam 9.30pm hingga 10.30pm sepanjang tahun
2008 ini.
Tujuan utama MARES 2 Meter Net ini diadakan iaitu
untuk mengemaskini penerimaan dan pancaran signal
melalui repeater bagi persediaan semasa kecemasan.
Selain itu juga aktiviti ini diharapkan dapat memberi
peluang dan latihan kepada ahli-ahli MARES dalam
menyalurkan maklumat dan juga menimba pengalaman
sebagai pengawal rangkaian (Net Controller).
Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput kepada
mana-mana ahli-ahli MARES yg berminat secara sukarela
untuk mengambil peluang dan pengalaman sebagai
Pengawal Rangkaian atau Net Controller pada MARES 2
Meter Net, agar dapat menghubungi saya.
Bersama-sama ini disertakan tarikh untuk MARES 2 Meter
Net akan datang dan no tel saya untuk tindakan para
rakan-rakan:
MARES 2 Meter Net - Mac
1. 28 March : 9.30pm - 10.30pm
MARES 2 Meter Net - April
1. 11 April : 9.30pm - 10.30pm
2. 25 April : 9.30pm - 10.30pm
MARES 2 Meter Net - Mei
1. 9 Mei : 9.30pm - 10.30pm
2.23 Mei : 9.30pm - 10.30pm
Sebagai maklumat tambahan, rakan-rakan yg mendaftarkan
diri akan dibantu oleh rakan lain yg berpengalaman
serta skrip/script serta Net Conroller guidelines akan
diberikan sebagai panduan.
Kepada rakan-rakan lain, sokongan anda sangat
diperlukan dengan marilah kita beramai-ramai menyertai
atau “check-in” pada MARES 2 Meter Net nanti.
Sekian, harap maklum.
73,
9W2ROI - Romeo Oscar India
012 3400 855
Posted in Maklumat | No Comments »
Posted by 9w2bba on 15 March 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan..
Kepada sesiapa yang berminat saya ingin mengadakan satu sesi latihan komunikasi melalui echolink dengan semua rakan-rakan Radio Amatur yang ada kemudahan tersebut, setelah mendapat persetujuan tarikh dan masa yang sesuai bolehlah acara tersebut dijalankan.
Pada sessi pertama ini, saya hanya ingin menjalankan sessi ini hanya melalui echolink TANPA ada linking ke simplex atau mana-mana repeater. Perkara yang akan dibincangkan adalah berkisar tentang tajuk seperti berikut:-
a: Mengenai pengalaman anda memasang dan menggunakan echolink.
b: Echolink dan Radas yang di sarankan sesuai.
c: Tatacara dan perkara yang perlu dibuat semasa menggunakan echolink.
Kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah mencadang Tarikh dan Masa yang bersesuaian, tarikh dari saya ialah pada 20/03/2008 Jam 2100 waktu Malaysia, berlangsung selama 30 minit.
Pengawal dan Pemantau diperlukan sila majukan callsign anda di 9w2bba (at) gamail dot com jika berminat.
Segala cadangan hanya di thread ini, pengesahan pun disini bersama dengan Callsign anda. Jika ada Terma dari Echolink dan SOP Radio Amatur adalah diguna pakai semasa sessi ini.
Senarai Terkini:
Update: 201502H MAC 2008
1.9w2bba
2.9w2aam
3.9w2aur
4.9w2yo
5.9w2kdu
6.9W2MDS
7.9w2TS
**9W2LJT - tidak dapat menyertai atas masalah yang tidak dapat dielakan.
Posted in Pengumuman | No Comments »