Selamat Tahun Baru 2009


Terlebih dahulu saya ingin mengumumkan laman baru saya telah mula beroperasi dengan rasminya mulai 01/01/2009 di alamat URL baru 9w2bba Portal Website atau http://portal.9w2bba.net/index.php. Kepada semua rakan-rakan sila bookmarks alamat tersebut.

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Dengan penuh rasa kesyukuran saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 kepada seluruh warga Radio Amatur Malaysia, khususnya kepada semua pelawat dan ahli laman ini.

Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus berusaha dan terus maju serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua yang memerlukan dengan lebih pantas, cekap dan berkesan.

Sebagai warga Radio Amatur yang berperanan menjadi penghubung disaat kecemasan, kita mestilah memastikan sistem komunikasi kita mantap serta menjadi lebih cekap, tepat dan berkesan, agar pihak yang memerlukan memperolehi maklumat yang sahih dan berintegriti.

Kepada seluruh warga Radio Amatur, marilah kita berazam untuk memastikan hobi ini terus berada dilandasan terbaik dari tahun sebelumnya. Kita jadikan segala pengalaman  sepanjang tahun 2008 sebagai pengalaman dan pengajaran serta kita buka lembaran baru di tahun 2009 dengan tekad dan hasrat untuk memastikan hobi tercinta ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang diarena tempatan dan antarabangsa.

Marilah kita sama-sama berdoa, moga tahun 2009 akan lebih baik bagi kita semua berbanding tahun 2008.

Terima kasih.

One Response to Selamat Tahun Baru 2009

  1. denologis says:

    selamat tahun baru….
    salam kenal yah….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: