Callsign Prefix dan Suffix


Kearp kali kita terdengar rakan-rakan terlupa atau tersasul mengumumkan “Call Sign” (Tanda Panggilan) sendiri atau pun rakan-rakan lain. Bagi saya ianya perlu diperbetulkan kerana ia merupakan pengenalan yang ada hanya satu untuk satu stesen belum pernah lagi ada satu stesen memiliki dua “Call Sign” (Tanda Panggilan). Semasa ke udara adalah merupakan satu kemestian malah wajib untuk mengumumkan “Call Sign” (Tanda Panggilan) samada dengan ejaan fonetik atau tidak mengikut keadaan semasa komunikasi itu berjalan. Contoh disini, cara yang perlu dibuat;

TANPA EJAAN FONETIK:-

9W2CKO disini 9W2BBA……BUKANNYA9W2CKO disini BBA……” kemana hilangnya 9w2..?

DENGAN EJAAN FONETIK:-

Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha……BUKANNYANine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Bravo Bravo Alpha.…..” kemana hilangnya 9w2..?

Malah yang paling hebatnya ada juga rakan-rakan tidak membuat penerimaan dengan baik dan teratur, bila dapat sahaja giliran terus tanpa memberi masa yang cukup untuk pengulang menerima isyarat dari pemancar (Sekurang-kurangnya tekan PTT dalam 3 saat baru bercakap), perbuatan ini akan menyebabkan penerima hanya dapat mendengar “Suffix“.

Serba sedikit mengenai Callsign Prefix dan Suffix.

Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut, manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.

Di negara kita 9M adalah untuk pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas A iaitu 9M2 untuk Semenanjung Malaysia, 9M6 untuk Sabah dan 9M8 untuk Sarawak. Bagi pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas B ialah 9W iaitu 9W2 untuk Semenanjung Malaysia, 9W6 untuk Sabah dan 9W8 untuk Sarawak. Carta berikut menerangkan mengenai “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut kawasan geograpi Malaysia.

National Callsign

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: