Persediaan MARES diwaktu kecemasan.


MARESPetikan dari mymares yahoo group, dijemput semua rakan-rakan untuk menyertainya. Lawati laman tersebut untuk maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin memanjangkan mesej dari Sdr. Presiden kita, 9M2AU, berkenaan
persediaan MARES dalam menghadapi kecemasan.

— begin

Salam Untuk semua…

MARES adalah sebuah persatuan yang objektifnya adalah untuk membantu agensi-agensi penyelamat semasa berlaku kecemasan dan bencana. Kita baru sahaja selesai menandatangani MOU dengan MAS / EMC (Emergency Management Centre) Dengan adanya MOU ini bersama pihak MAS kita telah maju kehadapan sedikit.

Dalam persiapan kita mengukuhkan barisan hadapan kita harus ada beberapa peralatan seperti peralatan komunikasi, antenna, PSU dan lain-lain.

Baru-baru ini 9W2JAZ telah menghubungi saya memberitahu ada sebuah agensi ingin menjual sebuah caravan dengan harga RM12,000. Oleh kerana harga yang ditawarkan itu agak mahal maka beliau memohon agar ianya di kurangkan. Oleh kerana kita ini sebuah badan NGO yang aktif dalam membantu agensi2 penyelamat semasa berlaku bencana besar maka syarikat berkenaan bersetuju mengurangkan/menurunkan harga caravan tersebut ke RM8,000.00. Dan ianya amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Pihak MARES memerlukan sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membeli dan mendapatkan caravan ini. Dengan adanya caravan ini maka pergerakkan kita akan lebih efisyen dan teratur. Segala maklumat berkaitan caravan tersebut bolehlah didapati dengan menghubungi 9W2JAZ diemail 9w2jaz@… ataupun ditalian 019-3873241.

Caravan ini juga boleh digunakan semasa Field Day atau Exhibition dan yang lebih penting ianya dapat digunakan semasa bencana dan kecemasan. Dimana ianya akan dijadikan mobile command centre sewaktu bencana. Caravan ini boleh di tarik menggunakan kenderaan pacuan 4×4.

Sebarang pertanyaan silalah ajukan kepada 9W2JAZ, atau saya sendiri diemail 9m2au@….

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, deposit sebanyak RM1,000.00 telah pun dibayar kepada penjual, untuk memastikan caravan ini dapat dimiliki.

Saya mencadangkan diadakan satu dana seperti yang kita adakan baru-baru ini untuk membeli duplexer. Jika para ahli bersetuju dengan projek ini, maklumat tabung akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk makluman semua, kita harus mendapatkan caravan ini dengan kadar segera sebelum ianya terlepas ke tangan orang lain.

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGAN WITH THE FIRST STEP. LET’S US TAKE THAT FIRST STEP TOGETHER. TOWARDS BUILDING A BRIGHTER AND BETTER FUTURE.

Sekian terima kasih.
de 9M2AU

— end
Regards,

FahRoe Ibrahim
9W2BBS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: