PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2007-2


MCMC LogoPihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur kedua bagi tahun 2007 pada hari Rabu, 28 November 2007. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:

Pusat Peperiksaan (Wilayah):

  • Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.

    Tarikh & Masa Peperiksaan:

    • 28 November 2007 Jam 2.00 petang.

      Tarikh Permohonan dibuka:

      • 10 September 2007.

        Tarikh Permohonan ditutup:

        • 29 September 2007.

          Borang Permohonan boleh diperolehi dan Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.mcmc.gov.my. Sila tuliskan perkataan “RAE 2007-2” di sudut atas kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” sahaja dan disertakan bersama-sama borang permohonan. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi ke pejabat wilayah SKMM yang sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih.

          3 Responses to PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2007-2

          1. rastom says:

            Hajat di hati dah lama nak ambil periksa dan beli rig yang canggih, tapi sampai sekarang motivasi asyik padam padam …

          2. 9w2bba says:

            Kalu dah hajat tu, dah ada langkah la nampaknya…. tak apa motivasi pelan2 kalau dah sampai dengan sendirinya ia akan datang. Saya pasti anda mampu melakukannya lambat pun tak apa yang penting ada keinginan dan kemahuan….

          3. […] yang boleh dianggap besar akan berjalan untuk peminat radio amatur sebelum 2007 berlalu. Pertama Peperiksaan RAE akan berlangsung pada 28 November 2007 Jam 2.00 petang dan Kedua Flea Market terakhir untuk tahun […]

          Leave a Reply

          Please log in using one of these methods to post your comment:

          WordPress.com Logo

          You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

          Twitter picture

          You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

          Facebook photo

          You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

          Google+ photo

          You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

          Connecting to %s

          %d bloggers like this: