Budi Bahasa adalah Kunci !


StationKunci utama untuk berjaya ke udara dan dihortmati oleh rakan ham yang adalah BUDI BAHASA. Tiada cara serta perkataan yang sesuai boleh menerangkan bagaimana rakan-rakan ham boleh berkongsi satu jalur dan frekuansi dengan gangguan dan perselisihan yang seminima mungkin. Rakan ham yang mepunyai minat dan bersopan pasti akan diterima walaupun dimana-mana jalur. Jika anda sentiasa meletak keutamaan kepada sikap sopan santun dan hormat menghormati anda jarang menghadapi kesukaran semasa berada dimana-mana jaluran. Sebelum anda ke udara buat pertama kali di jalur komunikasi FM dan Pengulang anda harus mengetahui Teknik Asas Pengendaliannya. Cara atau teknik adalah berbeza sedikit mengikut lokasi dimana anda berada, disini beberapa prosedur am yang boleh digunakan jika sesuai.

Jika anda mendengar Pengulang masih digunakan, tetapi anda dengar stesen yang ke udara tersebut akan mengakhiri perbualan dan keluar dari jalur, sabar dan tunggu sehingga semua stesen keluar sebelum anda memanggil stesen rakan anda. Jika anda mendengar perbualan tersebut agak panjang, tekan PTT umumkan Tanda Panggilan (Call Sign) anda diantara pertukaran giliran stesen tersebut. Selepas salah satu dari stesen yang sedang ke udara menerima panggilan anda, dengan cara hormat anda memaklumkan untuk membuat satu panggilan kepada stesen rakan anda. Kebiasaannya salah satu stesen yang sedang keudara akan membantu anda memanggilkan stesen yang hendak anda panggil tersebut. Jika tidak buat panggilan anda seringkas yang mungkin. Jika rakan anda menjawab panggilan anda, minta beliau bertukar Frekuansi Simpleks (Simplex Frequancy) atau Pengulang yang lain, atau menunggu sehingga stesen yang keudara selesai dengan tajuk yang sedang dibincangkan atau keluar terus dari Pengulang tersebut. Ucapkan TERIMA KASIH kepada rakan-rakan ham atau stesen yang sedang ke udara kerana membenarkan anda membuat panggilan tersebut.

Sebaliknya, jika anda ditengah-tengah perbincangan dan ada rakan ham yang lain masuk dan mengumumkan Tanda Panggilan (Call Sign) beliau diantara pertukaran stesen anda, stesen selepas anda yang akan keudara hendaklah memaklumkan stesen yang membuat panggilan tersebut untuk membuat panggilan atau menyertai perbualan yang sedang ke udara. Adalah tidak sopan jika anda tidak mengambil maklumkan panggilan tersebut atau hanya memaklumkan ada pemanggil tetapi tidak memberi peluang rakan tersebut untuk bercakap dan ke udara. Anda tidak tahu berkemungkinan stesen tersebut amat memerlukan Pengulang untuk membuat panggilan segera. Kemungkinan besar stesen yang memanggil tersebut dalam situasi kecemasan. Anda hendaklah segera memberi laluan kepada stesen tersebut atau mana-mana stesen yang membuat panggilan agar tidak menjadi kerugian kepada mana-mana pihak.

Sesetengah ham tidak dapat menahan keghairahan untuk menekan butang PTT (Push-to-Talk) “Tekan untuk Bercakap”. Mungkin ada baiknya jika PTT ditukarkan kepada RTL (Release-to-Listen) “Lepas untuk mendengar”. Berhenti sejenak 2 – 3 saat diantara setiap pertukaran giliran stesen untuk membenarkan mana-mana rakan ham yang ingin menyertai perbincangan adalah satu cara yang baik untuk di praktiskan. JANGAN menekan PTT terus selepas stesen yang lain melepaskan PTT apabila tiba giliran anda untuk bercakap. Jika pertukaran dibuat terlalu cepat ianya akan menghalang stesen lain dari memasuki jaluran atau apa-apa panggilan kecemasan.

Kebanyakan Pengulang mempunyai jangkamasa yang telah ditetapkan TOT (Timer off Time). Jika anda bercakap terlampau panjang melebihi dari masa yang telah ditetapkan Pengulang tersebut secara otomatik akan tutup sementara.Sentiasa bercakap dengan seringkas yang mungkin dan difahami oleh rakan yang mendengar. Perbualan yang pendek dan rengkas akan membenarkan banyak rakan-rakan ham boleh menggunakan Pengulang. Kebanyakan Pengulang mempunyai kemudahan ini, tutup sementara apabila transmisi anda terlampau panjang dan melebihi masa yang dibenarkan. Belajar cara bercakap yang rengkas dan senang difahami dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jangkamasa ToT setiap Pengulang adalah berbeza, ada diantara Pengulang mempunyai masa yang cukup pendek antara 15 saat dan ada yang sepanjang 3 minit. Sesetengah Pengulang berbeza bergantung kepada jumlah trafik di jaluran tersebut, semakin banyak trafik semakin pendek masa dibenarkan.

Jika ada dua rakan ham bercakap serentak dalam satu masa, ia akan menghasilkan pertindihan (doubling). Jika anda dalam pusingan perbincangan yang sedang berjalan, keadaan ini akan menyebabkan kehilangan pusingan atau giliran stesen mana yang sepatutnya selepas satu-satu stesen ke udara. Ada satu cara yang amat berkesan untuk mengelakan perkara tersebut dari berlaku adalah dengan sentiasa menukar giliran dengan menyebut NAMA atau TANDA PANGGILAN. Dengan menyebut “Apa pendapat anda, Othman?” atau “Silakan, 9W2CKO” untuk dari berlaku kekeliruan dan pertindihan. Pastikan giliran yang diberikan kepada mana-mana stesen selepas anda dalam pusingan giliran yang sedia ada, jika terlupa atau terkeliru panggil mana-mana stesen yang ada untuk memperbetulkan semula pusingan giliran agar tiada yang tertinggal atau kucar kacir susunannya.

Kunci kepada kemahiran semasa ke udara di Pengulang adalah, percakapan yang cepat dan nada yang jelas akan banyak memberi ruang kepada rakan yang lain. JANGAN membuat gangguan bising, menjerit atau hanya suara tanpa tanda panggilan (Voice with no callsign), sekejap keluar dan sekejap masuk. Jika anda dalam kumpulan yang sedang ke udara, sabar pasti giliran anda untuk bercakap akan tiba. Apabila tiba giliran anda untuk bercakap, bagi ruang masa 2 – 3 saat untuk rakan yang ingin masuk, bercakap dengan penuh cermat dan sopan serta jelas. Bercakap dengan bersemangat dan suara yang bertenaga serta sopan akan menunjukkan anda dalam situasa yang penuh kegembiraan, kesabaran dan bersedia untuk menerima apa-apa tajuk yang akan dibincangkan, situasa ini akan memberikan kepuasan kepada anda dan rakan-rakan yang sedang ber QSO dengan anda.

Perkara yang sepatutnya dibuat:

Bercakap dengan jelas dan JANGAN tekan atau melepas butang PTT mengikut rentak anda bercakap, mula atau mengakhiri sesuatu ayat. Bagi masa beberapa saat selepas anda menekan butang PTT sebelum mula bercakap, ini bertujuan untuk memberi masa isyarat dari radio anda betul-betul sampai ke Pengulang (Boleh memegang Pengulang). Tindakan ini adalah bertujuan untuk menentukan transmisi anda tidak tertinggal dan rakan yang menerima audio anda dapat mendengar dengan sepenuhnya. Jika anda terpaksa mengulang apa yang anda perkatakan, akan banyak membuang masa anda untuk ke udara dengan lebih lancar.

Jika Pengulang ada isyarat ID, tunggu sehingga isyarat tersebut selesai sebelum anda menekan butang PTT. Anda juga perlu memberi masa antara 2 -3 saat selepas menerima giliran untuk bercakap, ini bertujuan memberi masa yang cukup kepada rakan yang ingin masuk ke jaluran atau Pengulang.

Jika anda mendengar audio atau sekadar “Carrier” sahaja, beri peluang dan maklumkan rakan tersebut status RST beliau. Jika perkara ini hanya berlaku (Gangguan) kepada salah seoarang dari rakan yang sedang be QSO, bermaksud ianya dibuat dengan sengaja (Jammer) walaupun setelah anda menjemput ia masuk. Anda JANGAN mengambil tindakan yang boleh menarik perhatian atau menyebabkan perkara tersebut berterusan, biarkan dan anggap seperti ia tidak ujud. Jika anda mempunyai kelengkapan yang lengkap buat rakaman sebagai bukti jika anda ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa.

JANGAN:

JANGAN bercakap bahasa radio (Jargon). Bercakap seperti mana anda bercakap di telefon dan belajar dari rakan ham yang lebih berpengalaman. JANGAN menggunakan sebutan yang mengelirukan contoh seperti “QSL”, “Roger”, “Roger that”, “10-4”, “Dimana QTH anda?”, “Handle disini ialah…” atau mana-mana sebutan yang tidak sepatutnya dipakai dalam keadaan perhubungan anda diudara TERANG dan JELAS. Penyalahan guna sebutan (jargon) semasa berkomunikasi dalam CW, HF, CB (Citizen Band) atau lain-lain bahasa komunikasi dibawa kedalam perhubungan atau bercakap melalui Pengulang Radio Amatur akan menyebabkan kekeliruan. Anda hendaklah meletak dalam diri anda pada setiap masa ada banyak yang sedang mendengar perbualan anda semasa keudara dan bukan ham akan sentiasa memantau melalui pengimbas mereka. Anda mungkin tidak mendengar mereka, tapi mereka mendengar perbualan anda. Tugas anda bercakap dengan jelas dan menyampaikan yang terbaik agar difahami oleh semua pendengar, menggambarkan tahap kecekapan anda semasa keudara sebagai seorang Radio Amatur yang disegani.

JANGAN masuk secara mengejut (Pancung) semasa rakan masih bercapkap di jaluran KECUALI anda mempunyai keutamaan Trafik seperti KECEMASAN atau KEMALANGAN yang amat memerlukan bantuan.

JANGAN berkomunikasi dengan rakan yang berdekatan untuk membincangkan sesuatu perkara yang bersifat persendirian di Pengulang. Buat panggilan anda di Jaluran Terus (Simplex), kecuali anda berada dalam jarak yang jauh kerana Pengulang memang disediakan untuk perhubungan dalam jarak yang jauh.

JANGAN terlampau lama di Pengulang jika perlu ringkaskan, kecuali anda berada dalam kumpulan yang besar. Ini bertujuan untuk memberi lebih ramai rakan-rakan menggunakan kemudahan Pengulang.

EMPAT keutamaan trafik di Pengulang.

1. Stesen yang membuat Panggilan Kecemasan.
2. Stesen yang menggunakan kuasa rendah atau Radio Bimbit.
3. Stesen yang bergerak / Sedang Bergerak.
4. Stesen di Pangkalan / diluar pangkalan dengan kuasa yang tinggi.

Ikut peraturan seperti yang telah termaktub dalam buku Panduan untuk Radio Amatur di Malaysia “GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA” yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam buku panduan tersebut menyatakan anda perlu memperkenalkan Tanda Panggilan (Call Sign) anda bila ke udara. Adalah amat perlu memperkenalkan Tanda Panggilan anda apabila dalam satu kumpulan yang besar atau selang 2 atau 3 pusingan apabila dalam kumpulan yang kecil.

Minta laporan Isyarat (Signal Report) dari mana-mana rakan yang keudara jika anda menggunakan Radio Bimbit dengan Antena jenis “Rubber Ducky”. Radio Bimbit kerap mengalami kesukaran menghantar isyarat ke Pengulang. Kuasa yang rendah untuk mencapai Pengulang kerap menyebabkan bunyi yang tidak menyelesakan dan sukar untuk didengar oleh rakan yang sedang ke udara.

Sentiasa ingat setiap kali anda keudara ada stesen dan pemantau yang mendengar. Jangan membincangkan perkara yang bersifat peribadi dan dengan sebaik mungkin anda hendaklah bersikap ramah, mesra, profesional dan menghormati rakan yang sedang bercakap dan memantau.

Membantu pemilik Pengulang.

Berapa kali pernah anda berfikir tentang Pengulang yang anda gunakan bila-bila masa, 24 jam sehari dan 365 hari setahun?

Ia memerlukan kewangan, masa, pengetahuan dan tenaga untuk mengendalikan Pengulang yang anda gunakan. Tiada sesiapa atau mana-mana rakan pun yang dipaksa untuk menyertai mana-mana kumpulan atau kelab radio amatur, anda bolah menggunakan mana-mana Pengulang yang telah disediakan tanpa menyertai mana-mana kelab dan anda hendaklah lulus Ujian Radio Amatur serta mempunyai lesen yang sah untuk menggunakannya.

Anda hendaklah memikirkan bagaimana anda hendak menyumbang walaupun sedikit dalam bentuk kewangan maupun tenaga kepada kelab yang menyediakan perkhidmatan Pengulang yang kerap anda gunakan. Ia merupakan tanda sokongan untuk Pengulang itu dapat digunakan setiap masa.

Jadikan sebagai budaya apabila anda mengendalikan alat pemancar diletakan pada kuasa yang paling rendah (Low Power Setting). Adalah tidak perlu semasa anda menggunakan Jalur VHF atau UHF dengan kuasa yang tinggi jika anda membuat panggilan terus kepada rakan anda atau berada dalam kawasan capaian Pengulang yang kerap anda gunakan. Kuasa yang tinggi juga tidak baik untuk radio anda jika kerap digunakan, malah ianya juga boleh mengujudkan gangguan (interfere) kepada Pengulang atau rakan yang berdekatan.

PELIHARA HAK DAN KEISTIMEWAAN ANDA SEBAGAI SEORANG RADIO AMATUR

Kerana anda telah berusaha, berkorban masa dan kewangan untuk mendapatkan lesen sebagai seorang radio amatur, anda hendaklah pelihara HAK dan KEISTIMEWAAN yang telah anda miliki. Cara terbaik yang sepatut anda lakukan ialah mengendalikan stesen anda dengan profesional dan tunjukan bahawa anda mengamal dan menghormati segala panduan yang disediakan sebagai seorang radio amatur yang berwibawa. Sebagai seorang radio amatur, anda telah menjadi ahli salah satu perkhidmatan yang amat membanggakan di seluruh dunia. Ia hanya hobi yang anda boleh nikmati sepanjang hidup anda dan berkongsi dengan keluarga dan kawan. Apabila anda menggunakan apa yang telah anda pelajari disini, bagaimana hendak mengendalikan jalur FM dan Pengulang anda akan bertemu dengan ramai rakan yang mungkin akan menjadi kawan rapat anda pada masa akan datang. Perkara yang terbaik anda patut lakukan ialah dengan menghormati dan melayan mereka sebaik mungkin, sebagai mana anda hendak mereka melayan dan menghormati anda. Tiada apa yang anda perlu risaukan jika semua itu anda amalkan atau anda boleh mula mengamalkannya sekarang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: