MARES 2 Meter Net
Posted by 9w2bba on 20 March 2008
Petikan dari: myMARES YGroup
 A’kum dan Selamat Petang,
Seperti yg rakan-rakan sedia maklum pada tahun 2008
ini, aktiviti MARES 2 Meter Net telah diperkenalkan
dan sehingga kini ianya telah berjalan lancar seperti
yang dijadualkan. MARES 2 Meter Net telah dan akan di
adakan pada setiap 2 minggu sekali, pada hari Jumaat
malam, dari jam 9.30pm hingga 10.30pm sepanjang tahun
2008 ini.Tujuan utama MARES 2 Meter Net ini diadakan iaitu
untuk mengemaskini penerimaan dan pancaran signal
melalui repeater bagi persediaan semasa kecemasan.
Selain itu juga aktiviti ini diharapkan dapat memberi
peluang dan latihan kepada ahli-ahli MARES dalam
menyalurkan maklumat dan juga menimba pengalaman
sebagai pengawal rangkaian (Net Controller).Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput kepada
mana-mana ahli-ahli MARES yg berminat secara sukarela
untuk mengambil peluang dan pengalaman sebagai
Pengawal Rangkaian atau Net Controller pada MARES 2
Meter Net, agar dapat menghubungi saya.Bersama-sama ini disertakan tarikh untuk MARES 2 Meter
Net akan datang dan no tel saya untuk tindakan para
rakan-rakan:MARES 2 Meter Net - Mac
1. 28 March : 9.30pm - 10.30pmMARES 2 Meter Net - April
1. 11 April : 9.30pm - 10.30pm
2. 25 April : 9.30pm - 10.30pmMARES 2 Meter Net - Mei
1. 9 Mei : 9.30pm - 10.30pm
2.23 Mei : 9.30pm - 10.30pmSebagai maklumat tambahan, rakan-rakan yg mendaftarkan
diri akan dibantu oleh rakan lain yg berpengalaman
serta skrip/script serta Net Conroller guidelines akan
diberikan sebagai panduan.Kepada rakan-rakan lain, sokongan anda sangat
diperlukan dengan marilah kita beramai-ramai menyertai
atau “check-in” pada MARES 2 Meter Net nanti.Sekian, harap maklum.
73,
9W2ROI - Romeo Oscar India
012 3400 855
Posted in Maklumat | No Comments »

