MARES 2 Meter Net

20 March 2008

Petikan dari: myMARES YGroup

 A’kum dan Selamat Petang,

Seperti yg rakan-rakan sedia maklum pada tahun 2008
ini, aktiviti MARES 2 Meter Net telah diperkenalkan
dan sehingga kini ianya telah berjalan lancar seperti
yang dijadualkan. MARES 2 Meter Net telah dan akan di
adakan pada setiap 2 minggu sekali, pada hari Jumaat
malam, dari jam 9.30pm hingga 10.30pm sepanjang tahun
2008 ini.

Tujuan utama MARES 2 Meter Net ini diadakan iaitu
untuk mengemaskini penerimaan dan pancaran signal
melalui repeater bagi persediaan semasa kecemasan.
Selain itu juga aktiviti ini diharapkan dapat memberi
peluang dan latihan kepada ahli-ahli MARES dalam
menyalurkan maklumat dan juga menimba pengalaman
sebagai pengawal rangkaian (Net Controller).

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput kepada
mana-mana ahli-ahli MARES yg berminat secara sukarela
untuk mengambil peluang dan pengalaman sebagai
Pengawal Rangkaian atau Net Controller pada MARES 2
Meter Net, agar dapat menghubungi saya.

Bersama-sama ini disertakan tarikh untuk MARES 2 Meter
Net akan datang dan no tel saya untuk tindakan para
rakan-rakan:

MARES 2 Meter Net – Mac
1. 28 March : 9.30pm – 10.30pm

MARES 2 Meter Net – April
1. 11 April : 9.30pm – 10.30pm
2. 25 April : 9.30pm – 10.30pm

MARES 2 Meter Net – Mei
1. 9 Mei : 9.30pm – 10.30pm
2.23 Mei : 9.30pm – 10.30pm

Sebagai maklumat tambahan, rakan-rakan yg mendaftarkan
diri akan dibantu oleh rakan lain yg berpengalaman
serta skrip/script serta Net Conroller guidelines akan
diberikan sebagai panduan.

Kepada rakan-rakan lain, sokongan anda sangat
diperlukan dengan marilah kita beramai-ramai menyertai
atau “check-in” pada MARES 2 Meter Net nanti.

Sekian, harap maklum.

73,

9W2ROI – Romeo Oscar India
012 3400 855


EchoLink – Conference

15 March 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan..

Kepada sesiapa yang berminat saya ingin mengadakan satu sesi latihan komunikasi melalui echolink dengan semua rakan-rakan Radio Amatur yang ada kemudahan tersebut, setelah mendapat persetujuan tarikh dan masa yang sesuai bolehlah acara tersebut dijalankan.

Pada sessi pertama ini, saya hanya ingin menjalankan sessi ini hanya melalui echolink TANPA ada linking ke simplex atau mana-mana repeater. Perkara yang akan dibincangkan adalah berkisar tentang tajuk seperti berikut:-

a: Mengenai pengalaman anda memasang dan menggunakan echolink.
b: Echolink dan Radas yang di sarankan sesuai.
c: Tatacara dan perkara yang perlu dibuat semasa menggunakan echolink.

Kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah mencadang Tarikh dan Masa yang bersesuaian, tarikh dari saya ialah pada 20/03/2008 Jam 2100 waktu Malaysia, berlangsung selama 30 minit.

Pengawal dan Pemantau diperlukan sila majukan callsign anda di 9w2bba (at) gamail dot com jika berminat.

Segala cadangan hanya di thread ini, pengesahan pun disini bersama dengan Callsign anda. Jika ada Terma dari Echolink dan SOP Radio Amatur adalah diguna pakai semasa sessi ini.

Senarai Terkini:

Update: 201502H MAC 2008

1.9w2bba
2.9w2aam
3.9w2aur
4.9w2yo
5.9w2kdu
6.9W2MDS
7.9w2TS

**9W2LJT – tidak dapat menyertai atas masalah yang tidak dapat dielakan.