9w2bba Amateur Radio Station Blog

Borderless universe with Amateur Radio Hobby..

Archive for January, 2008

Prosedur Operator Radio Amatur

Posted by 9w2bba on 29 January 2008

Nasihat yang terbaik kepada Operator Radio Amatur Yang baru lulus ujian rae dan telah mendapatkan Lesen Peruntukan Radas mereka ialah dengan hanya menghidupkan radas dan mendengar. Mendengar seberapa seberapa banyak perbualan (QSO) yang anda boleh. Mendengar bagaimana mereka ke Udara dan mengendalikan transmisi mereka. Cari dan pelajari cara yang betul ambil sebagai panduan dan cara yang tidak sesuai sebagai sempadan. Apabila anda rasa selesa dan yakin, hidupkan radas anda dan buat panggilan pertama anda. Anda akan merasa terkejut dan amat berpuas hati dengan panggilan pertama anda (panggilan/Kontek Perdna).

Sementara anda mendengar di jaluran dan memerhati cara operator-operator berkomunikasi antara satu sama lain, sudah pasti anda akan terdengar operator-operator yang tidak mempamirkan cara pengendalian baik dan betul. Sebagai seorang operator Radio Amatur yang terlatih kita akan dapat membezakan mana yang buruk dan baik untuk diikuti, bertanya itu adalah kunci untuk satu budaya yang baik dan dihormati. Kita boleh kenal pasti mereka ini sebagai “Syok Sendiri” (SS), yang pastinya mereka tidak bersedia untuk ditegur jika tidak menampakan usaha untuk mengubah cara mereka semasa ke udara. Saya tidak pasti adakah sesuai gelaran ini untuk mereka, tapi yang pasti gelaran ini akan menjejaskan kredibiliti mereka sebagai salah seorang warga Radio Amatur. Tidak ada sesiapa pun diantara kita yang ingin dikategorikan sebagai “SS”. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku kepada diri atau rakan-rakan and, belajar dan peraktikan cara yang betul untuk memastikan anda sentiasa digemari dan dihormati bila ke udara.

Posted in Pembelajaran | No Comments »

Tujuh Tiga @ Tujuh Puluh Tiga

Posted by 9w2bba on 8 January 2008

73Percaya atau tidak terma ini hanya ujud dalam CW atau Kod Morse sahaja.

Sedikit maklumat yang saya terbaca didalam beberapa artikal di internet, banyak menceritakan pada awal keujudan 7 3 (TUJUH TIGA bukan TUJUH PULUH TIGA) yang bermakna “Best Regards”.

A little history here; CW operators in the early , early days of radio came up with the number code of 7 3 for “best regards” because of the fame of the 73 Winchester rifle. The 73 winchester was the best rifle of the time and the CW guys just took it as “seven three ” SEPERATE NUMBERS WHICH IS A 7 and a 3 in CW –… …– Anyone experienced in CW who listens on FM repeaters are likely to tell the operators on there saying seventy three’s; that they may as well be using French to sign with, which leads me to the next one that really gripes repeater owners and control operators who have experience on HF…..

Petikan dari: Hamuniverse.com

Tanpa 7 3 anda akan lebih selesa dengan mengucapkan seperti contoh berikut:-

9W2CKO disini 9W2BBA. Man, terima kasih untuk perbincangan yang amat menyeronokan, harap dapat berhubung dengan anda dalam masa yang terdekat. 9W2CKO disini 9W2BBA mendengar kata akhir anda dan jumpa lagi.

7 3 merupakan pinjaman dari penggunakan dalam CW ke komunikasi suara terutama di dalam band 2 meter. Ia lebih bermaksud kepada “Salam Sejahtera”. Maka lebih elok jika ia disebut TUJUH TIGA kerana ia lebih menampilkan makna yang sebenar dari tiga sebutan TUJUH PULUH TIGA; seperti:-

9W2CKO disini 9W2BBA. Man, terima kasih untuk perbincangan yang amat menyeronokan, harap dapat berhubung dengan anda dalam masa yang terdekat. 9W2CKO disini 9W2BBA mendengar kata akhir anda, 7 3 jumpa lagi.”

Posted in Maklumat | 2 Comments »