Agensi kerajaan dilarang simpan MyKad pelawat


Bantuan

Petikan dari Berita Harian, 21 November 2007

KUALA LUMPUR: Petugas bahagian pengawal keselamatan di agensi dan badan kerajaan juga tidak boleh menyimpan dokumen sekuriti pelawat, termasuk kad pengenalan ketika pelawat itu yang memasuki sesuatu premis, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata, hanya pegawai pendaftaran, polis, kastam, tentera atau pegawai agensi lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran saja dibenarkan berbuat demikian.

“Yang lain termasuk petugas pengawal keselamatan di agensi dan badan kerajaan tidak boleh ambil dokumen seperti MyKad, pasport atau lesen memandu pelawat kerana ia terkandung dalam Peraturan Pendaftaran Kebangsaan.

“Mereka hanya perlu mencatat butiran pelawat dan mengembalikan semula dokumen itu… ini kerana MyKad mempunyai pelbagai aplikasi, antaranya rahsia perbankan pemegangnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, kementerian itu melalui pekeliling bertarikh 25 September yang ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, mengarahkan syarikat kawalan keselamatan menghentikan serta-merta amalan membenarkan pengawal keselamatan menyimpan dokumen sekuriti pelawat, termasuk kad pengenalan ketika memasuki sesuatu premis.

Pekeliling itu diedarkan kepada semua syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar di bawah kementerian berkenaan berikutan wujud kekeliruan orang ramai mengenai kuasa menyimpan dokumen sekuriti yang dikeluarkan kerajaan, termasuk MyKad, lesen memandu dan pasport.

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: