9w2bba Amateur Radio Station Blog

Borderless universe with Amateur Radio Hobby..

Archive for November, 2007

10 maksud ‘Q’ kod yang kerap kedengaran.

Posted by 9w2bba on 30 November 2007

PenselApakah penggunaan ‘Q’ kod ini perlu atau tidak semasa berkomunikasi di 2 meter band, sedangkan penggunaannya hanya di dalam CW. Ianya bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu diperbetulkan kepada maksud yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam “Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia” yang dikeluarkan oleh MCMC. Pada amnya kesesuaian penggunaan ‘Q’ kod perlu diambil berat contoh untuk memendekkan apa yang hendak disampaikan, seperti semasa anda dalam situasi pemanduan atau akan memasuki kawasan sukar.

Adalah tidak wajar sepanjang anda ke udara penuh dengan ‘Q’ kod dan perkataan singkatan lain yang tidak pernah didengari atau difahami oleh rakan-rakan yang mendengar. Dalam buku panduan “Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia” ada larangan mengatakan adalah dilarang menggunakan perkataan yang tidak difahami oleh rakan-rakan lain yang sedang mendengar seperti berikut:-

Prohibited Transmission for Amateur Radio Station

The following transmissions are strictly prohibited and you shall not do in operating an amateur radio station.

b) ……… messages in codes or ciphers intended to obscure the meaning thereof, except as provided herein; messages containing profane, offensive, obscene or indecent words of any language; or false or deceptive messages, signals or identification.

Ada beberapa ‘Q’ kod seperti berikut tercatat didalam buku panduan tersebut yang membawa maksud yang sepatutnya.

QRL ? : Are you (or is the frequency) busy?
Voice Usage: I am (or the frequency is) busy (with….); please do not interfere.
(QRL is never spoken but it is customary to say —Is this frequency in use?“ before making a call on an apparently-free frequency)

QRM ? : Is my transmission being interfered with?
Voice Usage: Your transmission is being interfered with …. (1 = nil, 2 = slightly, 3 = moderately, 4 = severely, 5 = extremely)
(QRM is sometimes spoken as —you‘re getting QRMd“ or there‘s a lot of QRM“ to indicate that the frequency is very congested)

QRP ? : Shall I decrease transmitter (output) power?
Voice Usage: Decrease transmitter (output) power.
(QRP has a more absolute —low power operation“ meaning rather than a relative —please lower your power“ one. Operating QRP“ refers to the sport of trying to make contacts with as low a power as possible, usually 5 watts or less)

QRT ? : Shall I stop sending?
Voice Usage: Stop sending / I am leaving the air.
(QRT is sometimes used to indicate that one is signing off. I‘m going QRT now)

QRZ ? : Who is calling me?
Voice Usage: You are being called by …… on ….. KHz.
(QRZ is always spoken “Q R Zed” and is used when one catches part of a call, particularly on an FM repeater, but can’t tell which station is being called. If I hear a friend of mine call someone, and it might be me, but I’m not sure, I might say “QRZ for 9M2XXX?” It can be used this way whenever there is doubt about whom the calling station is calling or what they want)

QSL ? : Can you acknowledge receipt?
Voice Usage: I acknowledge receipt.
(QSL when spoken either as a question or a statement has much of the meaning of “okay” or “I understand” or “I will comply.” “I’ll meet you later on at the house, QSL?” When communication quality is poor, “QSL” is sometimes repeated three or more times to indicate that the message was indeed received)

QSO ? : Can you communicate with ….directly or by relay?
Voice Usage: I can communicate with ….directly (or via relay….)
(QSO when spoken simply means “2-way contact.” “Eyeball QSO” refers to a face-to-face meeting)

QST? : Attention all radio amateurs:
Voice Usage: QST is usually used to introduce a broadcast message to all amateurs (the only type of one-way message allowed on amateur radio). “The following is a QST:”.

QSY? : Shall I (Will you) change frequency (to …..)?
Voice Usage: I am changing frequency (to….)
(QSY when spoken is either a suggestion or an announcement that one is changing frequencies. QSY simplex?“ is a suggestion that the two conversing parties leave the repeater to another non-repeater frequency in order to free up the repeater resource. Signing off using this is 9w2xxx, QSY“ conveys that I cannot be reached on the current frequency any longer (lest anyone try).

QTH? : What is your location?
Voice Usage: My location is ……
(QTH has the identical meaning QTH?” “I’m nearly home.“)

Posted in Pembelajaran | No Comments »

Persediaan MARES Waktu Kecemasan

Posted by 9w2bba on 29 November 2007

MARESInfo dari Laman Web MARES

Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Friday, 23 November 2007

Salam Sejahtera buat semua warga MARES,

MARES adalah sebuah persatuan yang objektifnya adalah untuk membantu agensi-agensi penyelamat semasa berlaku kecemasan dan bencana. Kita baru sahaja selesai menandatangani MOU dengan MAS / EMC (Emergency Management Centre). Dengan adanya MOU ini bersama pihak MAS kita telah maju kehadapan dalam memberikan khidmat kita kepada masyarakat.

Dalam persiapan kita mengukuhkan barisan hadapan kita harus mempunyai peralatan lengkap bagi menjalankan tugas khidmat, seperti peralatan komunikasi, antenna, PSU dan lain-lain.

Cravan PixBaru-baru ini 9W2JAZ telah menghubungi saya memberitahu ada sebuah agensi ingin menjual sebuah caravan dengan harga RM12,000. Oleh kerana harga yang ditawarkan itu agak mahal maka beliau memohon agar ianya di kurangkan. Oleh kerana kita ini sebuah badan NGO yang aktif dalam membantu agensi-agensi penyelamat semasa berlaku bencana besar maka syarikat berkenaan bersetuju mengurangkan / menurunkan harga caravan tersebut ke RM8,000.00. Dan ianya amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Pihak MARES memerlukan sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membeli dan mendapatkan caravan ini. Dengan adanya caravan ini maka pergerakkan kita akan lebih efisyen dan teratur. Segala maklumat berkaitan caravan tersebut bolehlah didapati dengan menghubungi 9W2JAZ secara email atau ditalian 019-3873241. Sebarang pertanyaan silalah ajukan kepada 9W2JAZ, atau saya sendiri 9M2AU.

Caravan ini juga boleh digunakan semasa Field Day atau Pameran dan yang lebih penting ianya dapat digunakan semasa bencana dan kecemasan, dimana ianya akan dijadikan mobile command centre sewaktu bencana. Caravan ini boleh di tarik menggunakan kenderaan pacuan 4×4.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, deposit sebanyak RM1,000.00 telah pun dibayar kepada penjual, untuk memastikan caravan ini dapat dimiliki.

Saya mencadangkan diadakan satu dana seperti yang kita adakan baru-baru ini untuk membeli duplexer. Jika para ahli bersetuju dengan projek ini, maklumat tabung akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk makluman semua, kita harus mendapatkan caravan ini dengan kadar segera sebelum ianya terlepas ke tangan orang lain.

Bagi yang berminat untuk menyumbang, anda boleh berbuat demikian melalui cara berikut:

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 14-041-01-005646-4

Sila fax/ email salinan bank-in yang telah lakukan kepada Bendahari MARES, Tn. Hj Dahalan, 9W2DJ di 9w2dj@mares.org.my atau maklumkan ditalian 012-3053636.

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGAN WITH THE FIRST STEP. LET’S US TAKE THAT FIRST STEP TOGETHER. TOWARDS BUILDING A BRIGHTER AND BETTER FUTURE.

Sekian terima kasih.
de 9M2AU

Posted in Maklumat | No Comments »

Memahami Elektrik!!

Posted by 9w2bba on 27 November 2007

PencilBagaimanakah saya cuba memahami secara mendalam sifat elektrik “Voltage“, “Current” dan “Resistance“.Air yang mengalir melalui paip (Besi / Getah) adalah merupakan cara yang senang untuk saya memahami bagaimana aliran elektrik.

Arus
AIR adalah macam aliran ELEKTRONElectrons” di dalam wayar (Aliran elektron dipanggil ARUS “Current“).

TEKANAN adalah kuasa penolakan air melalui paip (Voltan “Voltage” adalah kuasa penolakan elektron di dalam wayar).

GESERAN “Friction” didalam paip mengurangkan kelajuan kelajuan air yang melaluinya (Rintangan “Resistance” hakangan yang memperlahankan arus elektron)

Posted in Pembelajaran | No Comments »

Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).

Posted by 9w2bba on 25 November 2007

RepeaterPengulang (Repeater) adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie) atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan pengulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX/INPUT) dan PEMANCAR (TX/ OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai “DUPLEXER“. Dengan bantuan penapis ( Low/High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul, kemudian anda umumkan “9W2BBA di frekuensi” (9W2BBA on frequency) atau “9W2BBA bersedia untuk panggilan” (9W2BBA standing by for a call). JANGAN umumkan “9W2BBA mendengar” (9W2BBA listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda. Anda sebenarnya mengumumkan ‘anda hanya mendengar’ (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.

Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumukan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengar, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA ‘SENYAP’ tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA ‘KEBISINGAN HALUS’ (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising “HISS” dalam isyarat. KETIGA “KEBISNGAN KASAR” (Rough Noise) amat sukar difahami kerana kebisingan latarbelkang yang tinggi, seperti ‘Crackling’ atau terputus dengan bunyi gangguan.

Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency) pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa samada stesyen tersebut boleh didengar tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang bila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dibuat. Berpindahlah (QSY) ke frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya.

Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen, jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah setiasa pendek dan padat (KISS - Keep It Short and Simple). Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pause) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri “characteristics” tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: “Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi”.

INGAT!!! Perlu Ingat’ agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara.

Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Ingat!! bila membuat pancaran kepada “Satellites” anda berhubung melalui pengulang yang telah dikonfigurasikan supaya tutup secara otomatik apabila terlebih penerimaan kuasa pancaran masuk. Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang berkualiti.

Posted in Pembelajaran | No Comments »

Persediaan MARES diwaktu kecemasan.

Posted by 9w2bba on 23 November 2007

MARESPetikan dari mymares yahoo group, dijemput semua rakan-rakan untuk menyertainya. Lawati laman tersebut untuk maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin memanjangkan mesej dari Sdr. Presiden kita, 9M2AU, berkenaan
persediaan MARES dalam menghadapi kecemasan.

– begin

Salam Untuk semua…

MARES adalah sebuah persatuan yang objektifnya adalah untuk membantu agensi-agensi penyelamat semasa berlaku kecemasan dan bencana. Kita baru sahaja selesai menandatangani MOU dengan MAS / EMC (Emergency Management Centre) Dengan adanya MOU ini bersama pihak MAS kita telah maju kehadapan sedikit.

Dalam persiapan kita mengukuhkan barisan hadapan kita harus ada beberapa peralatan seperti peralatan komunikasi, antenna, PSU dan lain-lain.

Baru-baru ini 9W2JAZ telah menghubungi saya memberitahu ada sebuah agensi ingin menjual sebuah caravan dengan harga RM12,000. Oleh kerana harga yang ditawarkan itu agak mahal maka beliau memohon agar ianya di kurangkan. Oleh kerana kita ini sebuah badan NGO yang aktif dalam membantu agensi2 penyelamat semasa berlaku bencana besar maka syarikat berkenaan bersetuju mengurangkan/menurunkan harga caravan tersebut ke RM8,000.00. Dan ianya amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Pihak MARES memerlukan sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membeli dan mendapatkan caravan ini. Dengan adanya caravan ini maka pergerakkan kita akan lebih efisyen dan teratur. Segala maklumat berkaitan caravan tersebut bolehlah didapati dengan menghubungi 9W2JAZ diemail 9w2jaz@… ataupun ditalian 019-3873241.

Caravan ini juga boleh digunakan semasa Field Day atau Exhibition dan yang lebih penting ianya dapat digunakan semasa bencana dan kecemasan. Dimana ianya akan dijadikan mobile command centre sewaktu bencana. Caravan ini boleh di tarik menggunakan kenderaan pacuan 4×4.

Sebarang pertanyaan silalah ajukan kepada 9W2JAZ, atau saya sendiri diemail 9m2au@….

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, deposit sebanyak RM1,000.00 telah pun dibayar kepada penjual, untuk memastikan caravan ini dapat dimiliki.

Saya mencadangkan diadakan satu dana seperti yang kita adakan baru-baru ini untuk membeli duplexer. Jika para ahli bersetuju dengan projek ini, maklumat tabung akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk makluman semua, kita harus mendapatkan caravan ini dengan kadar segera sebelum ianya terlepas ke tangan orang lain.

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGAN WITH THE FIRST STEP. LET’S US TAKE THAT FIRST STEP TOGETHER. TOWARDS BUILDING A BRIGHTER AND BETTER FUTURE.

Sekian terima kasih.
de 9M2AU

– end
Regards,

FahRoe Ibrahim
9W2BBS

Posted in Kemaskini | No Comments »