PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2007-2
Posted by 9w2bba on 11 September 2007
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur kedua bagi tahun 2007 pada hari Rabu, 28 November 2007. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:
Pusat Peperiksaan (Wilayah):
- Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.
Tarikh & Masa Peperiksaan:
- 28 November 2007 Jam 2.00 petang.
Tarikh Permohonan dibuka:
- 10 September 2007.
Tarikh Permohonan ditutup:
- 29 September 2007.
Borang Permohonan boleh diperolehi dan Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan melalui laman web SKMM di www.mcmc.gov.my. Sila tuliskan perkataan “RAE 2007-2” di sudut atas kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” sahaja dan disertakan bersama-sama borang permohonan. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi ke pejabat wilayah SKMM yang sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih.
- Maklumat Penuh: Layari Laman Web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
- Muat Turun Notis RAE 2007-2: (Bahasa Malaysia) / (Bahasa Inggeris).
- Muat Turun Borang: Borang Permohonan Peperiksaan RAE 2007-2.


3 November 2007 at 1:21 pm
Hajat di hati dah lama nak ambil periksa dan beli rig yang canggih, tapi sampai sekarang motivasi asyik padam padam …
5 November 2007 at 1:07 pm
Kalu dah hajat tu, dah ada langkah la nampaknya…. tak apa motivasi pelan2 kalau dah sampai dengan sendirinya ia akan datang. Saya pasti anda mampu melakukannya lambat pun tak apa yang penting ada keinginan dan kemahuan….
21 November 2007 at 12:59 pm
[...] yang boleh dianggap besar akan berjalan untuk peminat radio amatur sebelum 2007 berlalu. Pertama Peperiksaan RAE akan berlangsung pada 28 November 2007 Jam 2.00 petang dan Kedua Flea Market terakhir untuk tahun [...]