Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya
ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai “Mode” dan “Band” dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau ‘Kontek Perdana’.
Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membantu membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pengulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.
Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pengulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan “Suffix” 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pengulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) Offset serta CTCSS Tone yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.
Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan Phonetics jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda.
Contoh: 9W2BBA ejaan Phonetics ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO ALPHA.
Posted by 9w2bba 

