Budi Bahasa adalah Kunci !
Posted by 9w2bba on 25 January 2007
Kunci utama untuk berjaya ke udara dan dihortmati oleh rakan ham yang adalah BUDI BAHASA. Tiada cara serta perkataan yang sesuai boleh menerangkan bagaimana rakan-rakan ham boleh berkongsi satu jalur dan frekuansi dengan gangguan dan perselisihan yang seminima mungkin. Rakan ham yang mepunyai minat dan bersopan pasti akan diterima walaupun dimana-mana jalur. Jika anda sentiasa meletak keutamaan kepada sikap sopan santun dan hormat menghormati anda jarang menghadapi kesukaran semasa berada dimana-mana jaluran. Sebelum anda ke udara buat pertama kali di jalur komunikasi FM dan Pengulang anda harus mengetahui Teknik Asas Pengendaliannya. Cara atau teknik adalah berbeza sedikit mengikut lokasi dimana anda berada, disini beberapa prosedur am yang boleh digunakan jika sesuai.
Jika anda mendengar Pengulang masih digunakan, tetapi anda dengar stesen yang ke udara tersebut akan mengakhiri perbualan dan keluar dari jalur, sabar dan tunggu sehingga semua stesen keluar sebelum anda memanggil stesen rakan anda. Jika anda mendengar perbualan tersebut agak panjang, tekan PTT umumkan Tanda Panggilan (Call Sign) anda diantara pertukaran giliran stesen tersebut. Selepas salah satu dari stesen yang sedang ke udara menerima panggilan anda, dengan cara hormat anda memaklumkan untuk membuat satu panggilan kepada stesen rakan anda. Kebiasaannya salah satu stesen yang sedang keudara akan membantu anda memanggilkan stesen yang hendak anda panggil tersebut. Jika tidak buat panggilan anda seringkas yang mungkin. Jika rakan anda menjawab panggilan anda, minta beliau bertukar Frekuansi Simpleks (Simplex Frequancy) atau Pengulang yang lain, atau menunggu sehingga stesen yang keudara selesai dengan tajuk yang sedang dibincangkan atau keluar terus dari Pengulang tersebut. Ucapkan TERIMA KASIH kepada rakan-rakan ham atau stesen yang sedang ke udara kerana membenarkan anda membuat panggilan tersebut.
Posted in Radio Amatur | No Comments »


Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur bermula dengan perkhidmatan radio komersil.